CUKUP

by - August 07, 2018

Cinta adalah paling indah
Jika yang kita cinta
Adalah orang yang mencintai kita semula
Paling indah
Paling meriah
Paling bahagia

Kalau boleh mahu dikhabarkan satu dunia
Mahu aku instagramkan semua gambar
Mahu aku tweet setiap perkara
Mahu aku youtubekan setiap video
Mahu aku blogkan setiap rasa

Sayang
Yang aku cinta
Adalah yang tidak mengetahui itu semua
Paling sedih
Paling hampa
Paling kecewa

Sedar

Cinta bukan untuk semua
Cinta bukan untuk dimegahkan ke satu dunia

Cukup hanya aku yang merasakannya
Cukup hanya aku bertepuk sebelah tangan
Cukup hanya aku dan diriku sahaja
Cukup untuk aku nangis aku tertawa
Cukup indahnya buat aku
Cukup untuk aku sampai tutup mata

Cukup.


You May Also Like

1 comments