Assalamualaikum! Dah seminggu dah puasa. So far I really enjoy my puasa walaupun Kedah cuaca macam boleh goreng telur atas jalan raya. Baru-baru ni, ada satu ceramah dari Ustaz Wadi Anuar lalu dekat timeline TikTok saya. Tak tahu ceramah tarikh bila, maybe dah lama but baru saja lalu di timeline saya. Biasalah, bulan Ramadan ni alhamdulillah memang banyak free upgrade iman bila scroll TikTok, sekali scroll, dapat tazkirah. 😌
One of the ceramah, Ustaz mentioned yang doa anak kepada mak ayah especially yang dah meninggal dunia ni, bila kita langitkan, dia direct delivery sampai dekat mereka. Contohnya bila kita baca:
رَّبِّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً
"Ya Allah, Ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku.
Kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihi aku sewaktu masih kecil."
Kita baca untuk mak ayah pukul 6.30 pagi lepas Subuh, pukul 6.30 pagi tu jugalah doa tu sampai dekat mak ayah kita dalam kubur. No buffering, no pending, terus sampai 🥺 Ustaz kata, ada riwayat yang setiap kali anak baca doa ni untuk arwah parents, akan ada malaikat yang datang hantar “hadiah” (iaitu doa kita) kepada mak ayah dekat sana.
For a few seconds, I was like… wow. Betapa baiknya Allah. He's sooooo kind. Tak delay walau sesaat pun. Just a simple doa, a short one that takes only a few seconds to recite tapi boleh bagi ketenangan dekat mak ayah kita yang dah pergi. Can you imagine how happy they must feel bila dapat hadiah tu?
And it made me think about my arwah ayah. Now setiap kali lepas solat fardhu atau sunat, bila saya baca doa ni, I imagine ada “parcel” sampai untuk ayah dekat sana. Bukan dari Shopee, but from anak bongsu dia yang kadang-kadang ni pun still tengah belajar jadi better person. I hope setiap doa tu jadi peneman untuk ayah, tambah lapang kubur dia, tambah terang kubur dia, and remind him that he is still loved, still remembered, every single day.
Honestly, saya pun baru belajar, hafal dan start amalkan doa ni beberapa tahun lepas. Tak macam orang lain yang dah hafal dari tadika lagi. Rasanya ternampak dekat media sosial once, lepas tu terus commit hafal. Better late than never, kan? 🫣
Semoga Allah terima setiap doa kecil kita ni sebagai amal yang besar di sisi-Nya. Alhamdulillah for a religion that teaches us that even after death, love can still be delivered through doa. Moga Allah ampunkan dosa mak ayah kita, lapangkan kubur mereka, dan tempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman. Amin 🤍
Yang sedang makan moreh,
Nadiera Hashim
11.20 p.m
Kedah, Malaysia.










