Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Assalamualaikum. Lama betul saya tak mengarang. Semenjak online class, rasa macam nak nangis banyak kerja kena ligan. Penat, tapi masih gagahkan diri. Harap korang semua sihat-sihat je nah hadap online class tu. Jangan stress-stress. Haritu Izzaat whatsapp saya, dia tanya lama tak baca blog saya dan minta saya update 😂 Mulanya saya nak update pasal semester 2 saya haritu tapi malam ni saya terpanggil untuk karang sesuatu yang jarang betul saya cakap dalam blog saya. 

Sedekah. Saya rasa ramai je pernah amalkan sedekah ni dalam daily life masing-masing. Betul? Sep sikit. Tipu lah kalau tak pernah sedekah walaupun hanya sekali kan? Tapi apa yang saya nak highlightkan dalam entry saya kali ini adalah "Adakah kita jadikan sedekah tu sebagai rutin dalam hidup kita?" Topic ni sumpah secara tiba-tiba sebab malam tadi saya baru tengok live instagram Princessmeenie. So dalam live ig kakmin, dia dengan husband dia ada sembang pasal sedekah yang mana sedikit sebanyak membuka hati saya untuk terus tengok live tu sampai habis. 

Jadi saya nak kongsikan apa yang saya dengar dari live ig tu yang mana mungkin akan turut membuka hati kawan-kawan saya yang baca ni untuk terus bersedekah. Dari apa yang Kakmin dan husband dia (Azizi) cakap pasal sedekah :

  • Sedekah ni ibarat kita kirimkan duit / benda yang kita sedekah tu dekat rumah kita (akhirat). Bila kita kerap kirimkan duit dekat rumah kita dekat sana tu, by the time kita dekat sana, rumah kita dah siap, kita boleh duduk dengan tenang dekat sana. Cuba bayangkan kita tak pernah langsung kirimkan duit? By the time kita dah nak kena pergi sana, kita takda apa pun dekat sana sebab kita tak pernah kirimkan sesuatu langsung.
  • Untuk students, ramai rasa susah nak sedekah sebab duit cukup-cukup makan ja. Salah. Students ke bukan students ke kita boleh je amalkan sedekah ni. RM1 pun boleh disedekahkan. Duit syiling yang banyak-banyak tu, boleh je sedekahkan dekat mana-mana. Bukan nilai yang kita utamakan, tapi niat dan kesungguhan kita nak sedekah. 
  • Sedekah ni macam-macam cara, tak semestinya duit ja. Boleh pergi dekat surau/masjid tolong basuhkan telekung. 
  • Untuk students, satu cara nak sedekah kita boleh sedekah ilmu. Jangan sombong dan kedekut dengan ilmu.
  • Suami Kakmin ada cakap, kita selalu rasa macam "kalau aku sedekah, buat baik dekat orang, tolong orang, ajar orang tu study, apa yang aku dapat? Bukan diorang nak tolong aku balik pun." Salah. Bila mana kita tolong orang, Allah suka, apa yang kita dapat? Kita dapat kasih sayang Allah. Bila kita ada Allah, apa lagi yang kita nak? Benda yang kita minta ka tak minta ka Allah boleh ja bagi. So jangan rasa beban nak tolong orang walaupun benda tu small matter ja. 

So far itu yang saya boleh ingat apa yang suami isteri tu borak *tak fokus sebenarnya depa dua sweet nak mampus*
Jadi, saya nak share lagi satu benda yang saya jumpa, ni pun Kakmin share dengan instastory dia. 

(click gambar untuk lebih jelas)

Lepas saya baca satu posting dekat instagram ni, saya terus reflect diri balik. Saya pun student yang tengah hadap online class, saya pun ada masanya hadap dengan masalah internet connection dan sebagainya. Tapi saya silap, dalam saya hadap masalah yang macam tu, ada lagi yang hadap masalah yang lagi susah dan mencabar. Kisah dekat atas ni tentang budak sekolah yang kena berkongsi telefon bimbit untuk ikuti kelas online dengan adik beradik yang lain. Boleh bayangkan tak susah tu? Selain masalah hadap kelas online, keluarga adik tu pun susah. Ayah dia hilang kerja :( dan ada adik kecil yang sakit. Tapi alhamdulillah keluarga ni akan terima bantuan bulanan daripada Projek Keluarga Susah - ARBA Foundation. Click SINI untuk baca. 

Kalau korang rasa nak bersedekah tapi tak tahu platform mana yang legit sebab sekarang banyak scamkan, korang boleh lah salurkan sedekah korang dekat ARBA Foundation ni. InsyaAllah diaorang usahakan salurkan sedekah korang dekat orang yang memerlukan. I feel like it's my job to help them too. Kita sama-sama tolong okey? Macam mana nak tolong? Korang boleh baca dekat bawah ni :)


Korang boleh pergi dekat instagram ARBA Foundation dan tekan link dekat bio tu. 


(click gambar untuk lebih jelas)

Lepas click link tu, korang isi ja nama, phone number dan email. Korang boleh pilih produk yang korang nak sedekahkan tu :)

(click gambar untuk lebih jelas)

Lepastu korang akan sampai dekat sini. Dekat sini kalau korang nak tambah item pun boleh edit dekat situ.

(click gambar untuk lebih jelas)
 
Kalau korag dah settle pilih barang semua tu, korang boleh proceed bayar. Boleh select payment method dekat situ. 

(click gambar untuk lebih jelas)

And, tadaaa siap. 

Bak kata Kakmin and husband dia, amalan sedekah ni belum diterapkan dalam community kita. Rasa sedih bila ada yang perlu hidup dalam keadaan yang susah. Ada sampai yang nak makan pun takda duit. Jadi kita yang berkemampuan lebih dari orang yang takda apa yang kita ada ni, why not kita tolong? Kalau taknak sedekah using ARBA Foundation pun, ada banyak method sedekah lagi. Yang penting amalkan sedekah ni okey! Tak sedekah banyak pun tak apa, janji kita hulurkan sebahagian dari rezeki kita untuk orang lain. 

Antara sedekah yang korang boleh amalkan, belanja family korang, belanja kawan, bagi kucing makan, cuci telekung masjid, bagi tip dekat abang foodpanda, siram pokok jiran, letak 20 sen dalam tabung masjid, belanja pakguard teh ais, ajar kawan dalam pelajaran, dan senyum. Sampai sini je kot saya nak kongsi. Untuk Izzaat, nanti Nad rajin Nad kongsi cerita semester 2 haritu ngee. 

Till then, NH 💛





Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum semua, sihat? Panjang pulak tajuk saya letak. Sebelum apa-apa saya nak bagitahu entry kalini beremosi sedikit //mungkin banyak// Semenjak kes covid-19 ni semua pembelajaran atas talian, so agak sibuk, agak stress dan agak penat walaupun cuma kena hadap laptop ja. Ya hadap laptop satu benda yang orang lain rasa mudah, bukan kena kejar bas nak pergi kelas macam selalu. Tapi tahukah awak semua, kalini cabaran dia bukan lah kejar bas untuk ke kelas, tapi cabaran kalini kena kejar ahli kumpulan assignment yang mendiamkan diri. Sebenarnya bukan assignment ja yang kena siapkan, tapi ada beberapa tugasan yang lecturer bagi sebab semester ni bergantung 100% assessment. 


Semester ni agak sakit sebab tak boleh nak bersemuka dengan ahli kumpulan. Nak minta assignment pun sampai kena call guna creadit yer! Saya stress. Saya ada beberapa kumpulan untuk subjek semester ni yang kurang bagi kerjasama. Bila saya bersuara dalam group, alasan yang saya dapat "internet saya slow", "eh sorryy saya sibuk sikit dekat rumah.", "weyh internet aku bukan laju macam kau yang duduk bandar, tolong ah ada common sense sikit." dan macam-macam lah sampai boleh bawak gaduh. Tapi chill, kita kena handle cara matang, biar diaorang cakap macam sampah dekat kita but kita stay cool kid gitu. Walaupun sakit hati rasa nak kunyah sorang demi sorang tapi fuhhh tarik nafas sis. 

Funfact, saya kenal perkataan "free rider" pertama kali saya masuk universiti. Free rider ni seseorang yang dapat manfaat dari sesuatu yang dia langsung tak sumbang pun. Masa form6 dulu, ada je kerja berkumpulan, tapi takda pula saya jumpa free rider dalam kelompok kawan saya. Tapi bila masuk universiti ni, ya Allah, bersepah free rider dari yang rupa cantik, handsome sampai ke muka emm.. Tak kisah ah awak lawa ke hensem ke muka macam lee minho ka, once awak tu free rider dan tak berubah dari sem 1 sampai sem 7, awak tetap hodoh dimata saya. //geraaaaam..//


Sepanjang kena quarantine dekat UUM haritu, Liyana, Nurin dan Izzaat lah kawan-kawan saya yang turut stress bersama saya sebab kami satu kumpulan. Saya dengan Liyana ada 3 subjek yang sama kumpulan. Bayangkan lah kami berdua kena hadap groupmates yang macam... ya tuhaaaann... Tapi Liyana always sabarkan saya lah, yer Nadiera seorang yang tak penyabar. Awak bayangkan lah kalau kami berdua tanya sesuatu tentang tugasan berkumpulan dalam group, hanya kami berdua ja yang respond. Kalau saya tanya dalam group, Liyana, Nurin atau Izzaat yang akan reply, padahal kami berempat duduk sebelah-sebelah je, baik kami cakap berempat tanpa guna Whatsapp group 😤 Kalau tak reply waktu haritu ja takpa tau, ni sampai berminggu-minggu, sampai ada soalan baru timbul pun tetap tak terjawab pun soalan yang lepas. //ya Allah berikan aku kesabaran yang tinggi// 


Saya pernah tanya dalam group baru-baru ni sama ada ahli kumpulan yang selalu diam ada masalah internet ke apa. Tiba-tiba eh saya pulak yang kena maki kononnya takda common sense pasal internet slow ni. Yer saya nak marah sebab sebelum kelas online start haritu, semua lecturer ada buat survey tentang pelajar yang ada masalah internet. Majoriti dalam kumpulan saya tu cakap semua takda masalah. Eh,eh,eh engko cakap macam pendatang asing tanpa izin yer. Kalau saya takda common sense saya dah hantar nama para penunggang percuma ni dekat lecturer tahu? Eeii bengang pulak saya. Kalau kelas online yang guna webex tu awak boleh join, kenapa chat dekat whatsapp tu tak boleh nak reply padahal tak kuat mana pun data untuk whatsapp tu. Guna basic internet pun lepas lah.

Dia fikir dia je ada masalah internet slow? Habis saya dan kawan-kawan saya ni guna internet dari Buraq yang laju dia sampai langit ketujuh lah? Come on lah, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Saya ada jugak groupmate yang jenis buat kerja atas angin ja. Apa yang dia buat cuma copy paste artikel dari google. Dia tak tengok dah artikel tu bahasa melayu ka bahasa indonesia ka, dia bantal semua. Lepastu semua perkataan indo ada dalam report. Habistu saya dan yang lain lah kena telan satu demi satu part tugasan tu untuk betulkan semula. Kalau tak betulkan nanti markah kurang. aku lelah ya Allah, selamatkan aku wahai ibu peri 😭


Saya ada bincang dah dengan kawan-kawan saya yang aktif tugasan berkumpulan ni untuk hantar nama budak-budak yang menunggang tu dekat lecturer sebab tak adil lah kami yang lain bersusah payah, bagi effort tinggi untuk siapkan tugasan tapi yang tak buat kerja dapat markah. Eh banyak cantik muka awak? Cuba bayangkan awak lagi satu langkah nak masuk syurga nanti tiba-tibe kena tarik kebelakang semula sebab selalu ambil kesempatan dekat orang sepanjang awak dekat dunia ni... hahhh baru lah waktu tu panas punggung nak cari balik semua orang yang awak buat salah. 


Saya faham ada antara ahli kumpulan rasa macam "bila nak siap ni kalau asyik nak kena betulkan assignment ja.". Awak kena faham, markah assignment tu lecturer yang akan bagi. Kalau saya yang bagi markah, ah takdenya saya nak susah-susah sakiti mental saya untuk hadap kerenah awak semua. Awak nak markah tinggi kan? Nak lulus kan? Jadi ni je lah caranya nak dapat apa yang awak nak. Kalau betulkan assignment pun taknak, asyik bebal ja, lepastu demand nak markah tinggi, nak kena pukul kepala dengan aku ka siakkk?! 


Takda dah nak cakap. Cumanya kepada kawan-kawan saya yang baca entry kalini, janji dengan saya jangan pernah bebankan orang lain okey? Kita berjaya sama-sama. Kalau tak tahu, tanya kawan-kawan yang tahu. Jangan malu nak bertanya walaupun soalan yang sama ja asyik ditanya, tak apa, kita hidup untuk belajar. Janji dengan saya, sesusah manapun tugasan yang awak dapat, jangan sesekali lepas tangan terutama bila tugasan tu melibatkan kumpulan. Jangan sesekali awak bebankan orang lain. okeeeeeeey 💜 Saya tak kisah sangat kena betulkan part orang lain sebab saya kejar markah saya dan saya nak tolong kawan-kawan saya yang tunjuk effort yang sama capai apa yang kami semua impikan, jadi awak yang lain perlu ada semangat yang sama, tau 💕


Kepada kawan-kawan saya yang selalu ada dengan saya, jatuh bangun sama-sama, Liyana, Nurin, Izzaat, Anis, senior-senior saya, kakak-kakak & abang-abang dan kawan-kawan form6 yang selalu bagi motivasi terima kasih sangat-sangat selalu cool down-kan saya. Thank you Li, Nurin, Izzaat & Anis selalu ada untuk aku waktu mood aku tengah swing, waktu aku tiba-tiba jadi hyper, waktu tiba-tiba moody dan sedih 💜 Sayang hampa semua! 💜


That's it. Itu je dulu untuk kali ni. Jumpa lagi nanti, stay safe everyone, xo 💕


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Lately, i have been thinking a lot.

One of the things I always thought of was "not everyone want to see you happy". Actually this thing has happened many times in one's life. Everyone will judge when we do something that we like. I always thought either the small circle that I have now is everyone  who wants to see me happy or not? Before I entered my 20s I began to notice that I had some friends who actually did not want to see me happy and success. I didn't know if I was mistaken for them but I started avoiding them by blocking all of their social media. I don't want to be toxic in their life. So I chose to stay away. I start to feel happy when I start a new life by narrowing down my circle.

Tonight, I feel the same way. Just like I felt like 2 - 3 years ago. I feel like there are little pieces that don't want to see me happy. Or is it all just my feelings? I do not know. But I'm happy with everyone who is my friends now. I'm grateful for the small circle I have now. Alhamdulillah thank you Allah 💜

I learned a lot. Not everyone will be happy for you when you share your joy and success, but i don't want to let that bring me down and i just want to keep striving anyway. I love to share my joy, to share what I have, from little things like food or love. I don't mind sharing what I have because I understand the feeling of not having something I want.

Lately, I've always taken note of who supports me genuinely. Those are people i should always keep around. Thank you everyone. I also learned something that not everyone will understand my journey but that is okay. i am here to live my life, not to make everyone understand, rite? :) But ... sometime I always talk to myself while crying ... 


Why can't people cheer the happiness of others? Don't human beings complement each other? I understand that we don't  live to please each other but why should there be hatred? Why is it necessary to envy when looking at the happiness of others? Aren't we supposed to support each other? I don't mind sharing my happiness with people. I love to see people around me happy but why they don't have the same thoughts as me? Sometimes this makes me sad and makes me cry every night when I think of it.

To anyone who finds themselves surrounded by people who cannot see you being happy, do not worry, believe me that there is still someone who cares and will be happy with you. Hang in there okay! 💜


I didn't expect anything. I just pray for the unhappy soul to feel joy, I pray that the hurting soul will heal immediately and for those who cannot see the joy of others will find their own happiness. Dear friends, lets spread love shall we? Lets cheer people up, lets be good to each other. if we can't find good people around us, if we really can't find one, be one. Promise me to spread loves not hates, okay 💜


By the way people, take care of yourself and stay safe okey, xo 💛
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
// don't read this entry, this is my kind of suara hati....well bcs i am bored//



How is your RMO journey? Is it fun or meh? 
Lets pray for a better day for Malaysia. Saya nak balik rumah. Tapi tak boleh. Jadi saya habiskan 2 minggu RMO di universiti ja. Kenapa?

sebab tak sempat nak balik, pintu pagar UUM dah tutup 😂
Harini hari yang ke-7 di-quarantine dekat sini.
I don't have much thing nak tulis. cumanya, malam-malam gini banyak persoalan yang terlintas dalam fikiran saya. 

-how is my family? betul ke okey dekat rumah?
-bila virus ni nak hilang?
-boleh ke kita celebrate puasa & raya macam tahun sebelum ini.
-apa situasi dekat hospital sekarang?
-bila awak nak sedar dan terima cinta saya? EH?

haih...

i can't sleep.
Thanks Neslo. Thanks a lot. it's 12.40 a.m
I don't have much to do *natee mu setan assignment bertimbun tu*
Nothing.

I'm hungry. 
*padahal dah makan burger dah tadi*
I want cucur udang, nasi putih with sambal sardine, pulut kuning dan kari yang mak Saniy buat.
I want it so bad!

I got assignments.
Yes. 
A lot.
Do i have to do it?
Yessssss
The answer is always yes.
but...
I would say no. 
Agghh kemonnnn i already finished 3 assignment, bagi chance untuk jadi malas jap.

My eyes look so dull.
Eyesssssss, why u no sleep hah?

I want Ayam goreng mekdi.
Damn, i really want it.
Should i panjat pagar uum??
aaaah stupid me 21 year old lady




 *cauu, i want eat my another burger*

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hi!



Assalamualaikum everyone. Alhamdulillah saya selamat habiskan semester pertama saya. Selamat dah pun sampai rumah saya. Nak karang ni ambil masa yer sebab saya malas, jujur saya malas.

Saya tak tahu nak mula macam mana dan nak akhirkan macam mana entry ni *jujurnyaaaaa* Jadi saya akan insert semua gambar dan akan cerita apa terjadi disebalik gambar tersebut. Okey kita start!



Orite, we start with this one first. Kalau masuk uni mana pun mesti ada kokurikulum masing-masing kan? Sama juga macam saya. Saya ambil kokurikulum Landskap. Okey jangan ketawa. Sebelum daftar UUM, saya mulanya nak masuk kelana siswa, sebab kelana best dan memnag jadi kelana pun masa f6 dulu. Tapi sayangnya kelana siswa full. Jadi sebab taknak extend sem, saya ambil je lah yang mana belum full iaitu Landskap. Saya takda expectation pun untuk kelas Landskap sebab memang dah tahu akan belajar apa, akan buat apa etc.

Makanya, mulalah journey saya untuk hadap kelas landskap untuk 4 semester. Alhamdulillah semester pertama ni okey. Saya dalam kelas landskap pendiam. Saya diam seribu bahasa. Dah la tak pandai buat kawan kan. Bila Sir Sazali our lecturer landskap suruh bentuk kumpulan untuk assignment, saya diam je, sampai dijemput masuk dalam kumpulan 😂 Jadi terbentuklah kumpulan assignment landskap ni. Kumpulan saya ada Atiqah. Jiexin, Hafiz & Shafiq. Hafiz & Shafiq tua sethaun dari saya sebab diorang lepasan diploma. Atiqah & Jie sama macam saya, diaorang berdua memang kawan dari sekolah.


Perkenalkan, ini kawan-kawan kelas english saya. Mulanya dalam kelas tu memang pendiam je, tapi lama-lama dah mula tunjuk perangai masing-masing. Saya awal-awal masuk kelas, terus je rapat dengan Shad, Sha, Lydia & Izni. Saya tak sama course dengan diaorang semua tapi everytime jumpa tepi jalan confirm riuh, kecoh gila. Mulanya bila madam kitaorang suruh bentuk kumpulan assignment, kami berlima nak kumpulan sekali, tapi madam cakap at least kena ada lelaki.

Jadi, bila madam cakap macam tu, Shad & Sha serah diri untuk keluar 😂 Jadi masuk lah dua ketul kawan saya yang muda setahun dari saya Luqman & Iman. Dapat kumpulan dengan diaorang semua memang kecoh, always gelak ja. Iman tu pandai! Dengar cerita 4flat matrikulasi. Haritu ada soalan math saya tak tahu buat, saya rujuk je dia 😂


Ini lah kawan-kawan kelas english saya. Saya sejujurnya tak kenal semua orang pun 😂 Saya rasa memang lumrah semua mahasiswa tak akan kenal keseluruhan orang dalam kelas kot. Ke saya jer? Baju biru tu lah madam saya. Madam Nadzatul Farihah. Madam cakap kita kena dan wajib ingat nama lecturer kita, bukan semata untuk tulis waktu exam tapi bila kita ingat nama lecturer, insya Allah ilmu kita berkat.

Kelas dengan madam best sangat. Madam selalu cerita kerenah anak murid dia yang lain. Madam banyak pesan, banyak jugak melawak dengan kami semua. Kelas dengan madam tak stress. Madam always chill ja, presentation depan madam memang ketar tapi masa saya present tanpa tengok notes, madam puji saya dan group saya hehehe. Semoga Allah lindungi madam Nadzatul selalu 💓


Sebab dah cakap pasal madam, kita cakap pasal ni juga lah. Semua gambar ni di ambil masa last class semester 1. Ini je lah yang berkesempatan untuk bergambar. Lecturer lain semua tak sempat a.k.a malu, eh? Atas tu madam untuk subjek entrepreneurship. Saya banyak main dalam kelas madam 😂 Mulanya dalam kelas saya duduk baris ketiga, tapi saya main-main dalam kelas. Jadi saya kononnya nak berubah, duduk lah barisan depan sekali. Tapi, tetap jugak main-main 😂

Yang tengah tu, Sir Fadzil. Kelas management. Sir Fadzil lect yang saya rasa paling sporting la. Saya selalu masuk kelas dia yang bukan kelas saya. Faham tak? Saya dengan nurin tak sama kelas, tapi saya selalu ikut nurin masuk kelas dia sebab saya lonely dan Sir Fadzil tak kisah pun tentang tu.

And yang bawah tu, Dr Hussein. Dr nih asal dari yaman. So kelas dia fully in English. Only 1% je in Malay yer hahaha. Dr.Hussein ni Dr yang paling suka jamu kami semua dengan coklat. Kelas ICT Dr kelas yang paling petang lah. Jadi Dr always treat kami semua dengan benda manis. Thank You Dr,!


 This one waktu larian uniqorn. Macam funny kan dengar saya masuk larian? Waktu sekolah rendah, sekolah menengah & form 6 takdenya nak join merentas desa. Selalu ja buat alasan itu ini, tapi semenjak masuk UUM ni semua larian saya join. Tak semua, tapi larian yang best dan tak clash dengan jadual saya join.


Ini pula larian Peskon UUM, Larian ni waktu malam. Bayangkan habis kelas pukul 5 balik bilik tukar baju terus berangkat pergi pusat sukan sebab nak join larian nih. No wonder berat saya makin turun kan hehehe. Larian peskon ni tak silap saya beberapa hari sebelum cuti midsem, jadi takde lah penat sangat sebab boleh rehat di rumah lepas tu.



Selain join larian, saya pun join jugak aktiviti berbasikal nih. Funny moment ever bila Liyana tak pandai kayuh basikal dan saya lah yang teman dia dekat belakang sekali. Sampai satu check point dia kata dia give up, jadi saya terpaksa kayuh sorang diri kejar yang lain dekat depan, nasib baik jumpa Nuril tengah-tengah jalan. Habis je kayuhan tu, jumpa Liyana. Rupanya dia tak give up pun. Dia sambung kayuh sorang diri sambil ada senior tu teman dia 😂


Saya bukan je aktif bersukan je. Saya pun banyak join talk motivasi, ceramah, dan semestinya konsert. Saya banyak join ceramah, tapi banyak gambar banyak hilang ngehehe. Sepanjang saya duduk UUM, saya dapat jumpa ramai speaker, artis, ustaz dan dai'. Banyak input saya dapat 💜


Ini pula waktu saya dan kawan-kawan saya dilantik menjadi exco untuk kelab course kami. Alhamdulillah saya, Nurin & Liyana pergi interview dan terus dapat. Nama kelab ni MOTIC (Management of Technology Intelligence Club)


Lepas buka midsem break, kami ada dinner untuk MOTIC, sejujurnya untuk celebrate senior MOT yang sem akhir tapi itu lah tu, kami semua yang over selfie memanjang. Banyak lagi gambar, tapi not nice to show off lebih-lebih kot sebab ada banyak perangai yang tak behave 😂


Bagi saya untuk semester pertama ni, event besar yang saya join Go Green. Masa kami semua meeting untuk MOTIC, kak khalida minta tolong sesiapa yang sudi nak join Go Green, jadi saya paksa semua kawan-kawan saya untuk join sekali. Tugas kami masa Go Green tu, semua kena jadi ajk logistik. Fahamkan logistik buat apa 😂 Penat, tapi saya rasa sebab event ni relationship kami semua makin erat dan banyak kenal lecturer, kenal senior yang sama course & tak sama course. Thank you kawan-kawan yang sudi sedekahkan tenaga haritu 💜


Okey, jujur entry kalini tak ikut urutan sebab saya lupa tarikh. Family Day Motic ni dijalankan awal-awal dulu, waktu ni tak kenal siapa-siapa pun 😂 Waktu FamilyDay ni, cuaca tak bekerjasama sebab hujan. Tapi kami yang setuju untuk kena hujan tetap main jugak sebab eh hujan je kot, tak mati pun. Ramai lah yang saya kenal lepas join Family day ni. Sampai kesudah jadi kawan dan ada yang jadi geng dah pun 💜


Ah, ini kalau tak kenal saje je lah. Kalau yang follow blog kawan saya, namin, mesti kenal kawan lelaki saya tu. Asyraf Aiman. Yer ketua pengawas masa form 5 dulu. Bukan Acap je study UUM, Catwalk pun sama tapi Catwalk punya sibuk kalah menteri okey. Saya jumpa catwalk sekali je panjang semester pertama dekat UUM tu. Acap & Catwalk sekarang sem3 nak masuk sem 4 dah pun. Masa ni kami set masa untuk keluar makan sama-sama. Banyak benda yang kami cerita sebab saya last jumpa Acap masa form 5 tu je la 😂


Nak tahu cerita lawak sebalik gambar ni? Nurin ajak saya teman dia dengan kawan dia untuk shoot video assignment. Dia cakap nak shoot video dekat hutan Sintok & Hidden Lake. Bila saya tahu dia nak pergi Hidden Lake membara semangat saya nak join sebab memang saya nak pergi Hidden Lake pun cuma takda orang nak tunjukkan arah. Nak jadikan cerita boyfriend kawan Nurin bawa lah kami semua masuk hutan Sintok tu, tapi tak lama pun. Next, kami pergi la kawasan yang kononnya nak pergi Hidden Lake, tiba-tiba boyfriend kawan Nurin kata Hidden Lake tutup. Kalau nak masuk situ kena buat surat dulu lah apa lah. Saya diam je. Sebab saya tahu takdanya nak kena tulis surat apa semua tu. Bitter juga, dah tak tahu tu suka buat palatau 😤 Saya cerita dekat kawan saya, Acap. Dia pun gelak 😂 So untuk sem 2 nanti saya nak make sure saya jejak kaki juga dekat Hidden Lake tu 👊



Sepanjang dekat UUM, jaranglah tak ada dengan semua ni. Sebenarnya saya terkejut sebab boleh rapat dengan manusia ni semua. Saya, Nurin & Liyana memang dah kenal lama. Siap kenal perangai masing-masing. Dulu tak rapat dengan Liyana, siap gaduh lagi. Bukan biasa-biasa punya gaduh okey 😂 Tapi macam Li cakap, kena gaduh dulu baru boleh rapat, baru boleh jadi ngam. Betul! *hugs* 

Okey biar saya cerita macam mana saya boleh kawan dengan diorang semua. Kita tolak tepi lah Nurin & Li. Semua tahu yang kami bertiga memang kawan since sekolah lagi. Kawan dengan Li since darjah 5 sampai sekarang. Gaduh tu benda biasa. Kawan dengan Nurin since form 6. Teman study sesama.

Saya boleh kawan dengan Izzaat sebab masa saya tengah tunggu nak masuk kelas entrepreneur Izzat datang dekat saya dan mula dengan *boleh saya duduk sini?* Saya pun macam layankan je lah. Mula dari dia duduk tu kami banyak berkenalan. Kami sembang tentang subjek Nationhood yang mana group assignment waktu tu dah disusun semula oleh dr. Saya banyak mengadu dekat dia yang saya tak suka group yang lama dan bersyukur dapat group yang baru, walaupun belum kenal ahli group masa tu. Dia pun cerita benda yang sama dan dia banyak cerita yang dia teringin makan sambal ikan tongkol . Selain tu dia kata *saya pun suka juga dengan group baru saya, group 6* BUMP! Saya terdiam sebab saya lah ahli group 6 tu! 😂 Tapi saya tak bagitahu dia lagi. Balik dari kelas saya contact Nurin, saya cerita dekat Nurin dulu. Lepas dari kejadian tu, saya tahu saya kena hadap Izzaat untuk kelas Nationhood dan waktu tu baru dia tahu hal sebenar. Kami mampu gelak je lah. Saya selalu cerita benda ni dekat Izzaat balik dan kami akan ketawa besar. 

Dengan anis, saya tak sure macam mana saya boleh rapat dengan Anis. Anis dengan saya jiran Inasis. Oh, selain kami kelas sekali waktu kelas management, kami pun kelas sekali untuk kelas ICT, jadi kami memang akan berjalan sama-sama. So dari situ memang saya dengan dia rapat. Tambahan pulak saya dengan Anis exco dalam MOTIC, so takda alasan untuk tak rapat 💜


Jadi perkenalkan, ini lah group 6 Nationhood yang Izzaat mention tu. Bagi saya, group ni group paling berfungsi, group paling bagi kerjasama dan macam-macam lah! Jap saya kena taip nama sorang demi sorang, so nanti bila dah tua takda lah saya lupa nama-nama yang banyak berjasa ni. Okey macam semua tahu kita ada Izzaat dan dia lah ketua untuk group kami. Ada Nurin, Aimah, Syamizi, Jiajun, Azim, Joanne, Maria. Syaza dan saya. Mulanya jujur saya cakap, saya agak kekok lah dengan diorang semua ni. Tapi hari demi hari, mula rapat sampai jadi geng kot? Senang nak menganjing semua orang 😂 Untuk tugasan Nationhood, kami kena buat satu inovasi dan kami dapat tajuk teknologi. Jadi dengan kata sepakat kami bina lah sebuat LCD tanpa guna elektrik 😂

Sepanjang nak siapkan inovasi ni, kami terima banyak cabaran. Cabaran tu bukan datang dari antara kami semua tapi peliknya dari kumpulan lain. Ada satu hari dimana Saya, Izzaat, Azim & Nurin terpaksa stay dekat library sampai 12 pagi semata nak tunggu assignment dari kumpulan lain untuk diburnkan dalam satu cd. Agak terkejut, kumpulan lain siap marah kumpulan kami sebab minta assignment diorang lambat, padahal tu assignment diorang, faham tak? 😂

Ada banyak memori gila yang kami semua cipta. Ada satu hari lecturer kami minta bentang hasil inovasi, tapi haritu Azim tak datang sebab dia terlajak tidur dan pendrive ada dekat dia 😤 Saya pula waktu tu cuba yang terbaik untuk upload video presentation dalam youtube tapi macam biasa semua teknologi tak memberi kerjasama. Jadi dr marah dan suruh kami bentang lain kali.

Okey bila minggu demi minggu berlalu, tiba waktu kumpulan kami untuk present semula. Sayangnya dr tak suka dengan video inovasi yang kami hasilkan. Dia marah kami semua dalam kelas depan beratus orang student. Ramai kata mood dr waktu tu tak elok sebab group lain pun kena marah. Bila dr cakap dia bagi 10 minit ja untuk kami bentang, terus saya ambil mic dan terangkan tentang inovasi. Surprisingly dr suka dengan inovasi yang kami buat cuma video tu je yang buat dia marah. Saya pun rasa nak marah sebab dia marah kami semua macam tu, padahal dia kata video tu ikut kreativiti sendiri. Yish!

Tapi apa-apa pun, group ni memang yang terbaik bagi saya, sebab semua selalu support each other dan buat kerja pun sama-sama. Thank you everyoneeee~~ Kalau ada rezeki kita group sekali lagi okey sem-sem hadapan! 💜💜



Ini untuk tambahan dan untuk gembirakan hari murung orang. Sebenarnya saya ada banyak lagi gambar hodoh semua kawan-kawan saya ni. Saya punya hobi suka tangkap gambar kawan-kawan saya dari jauh tanpa diorang sedar. Tapi biarlah saya simpan saya je, nanti kalau saya rasa nak spill the tea saya post semua gambar hodoh semua kawan-kawan saya 😂 Sayang semua! 💜


Bila karang balik semua ni buat saya happy sorang-sorang tau 😂 2019 ajar saya banyak benda, untuk appreciate setiap saat yang buat saya senyum, yang buat saya sedih dan ajar saya yang rezeki bukan saja datang dari bentuk duit, kesihatan mahu pun kemewahan, tapi dapat kawan-kawan yang boleh terima baik buruk kita, dapat kawan-kawan yang selalu bahagiakan dan selalu curahkan kasih sayang untuk kita pun salah satu rezeki yang Allah tu bagi.

Saya harap semester akan datang saya dapat belajar banyak lagi benda, dapat bina banyak lagi memori dengan kawan-kawan saya. Last but not least, saya doakan kawan-kawan saya semua peroleh kejayaan dunia akhirat. Semoga result kawan-kawan saya dan saya the bomb, semoga semua cemerlang dan dapat result yang baik-baik saja. 💜

Jadi, itu lah highlight sepanjang 2019 saya. Saya tahu dah masuk tahun 2020 dah pun, tapi saya masih gigih karang benda ni 😂 Selamat tahun baru semua, semoga tahun ni jadi tahun yang lagi baik dari tahun-tahun yang lepas. Semoga semua azam kita tahun ni tercapai dan semoga kita dapat capaikan azam yang tak tercapai pada tahun-tahun lalu 💜


Till see you again, stay positive, stay healthy, assalamualaikum, bye.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
こんにちは!


Assalamualaikum. Saya sebenarnya sedang sibuk study dan siapkan past year questions untuk last paper saya 4 Januari nanti. Tapi saya mengantuk dan tak larat nak teruskan menjamah kertas soalan tu, jadi saya ambil kesempatan untuk karang entry ni 😂 Saya rasa entry ni akan jadi entry yang paling panjang yang saya pernah karang sebab terlalu banyak benda saya nak cerita, nak kongsi. Takda sapa nak baca saya tak kisah yang penting nanti saya dah tua saya boleh baca semula benda merapu yang saya karang 😛


Bagi saya, biggest flex of my 2019 or i should say biggest flex of the decade ; getting into my dream university. Yer. Masa isi UPU haritu saya memang nak kos pengurusan teknologi. Mulanya saya ingat nak masuk UTM tapi at last saya letak UUM atas sekali dalam senarai UPU tu. Alhamdulillah, saya diterima masuk dan saya dapat kos yang saya minta tu. Saya pergi daftar 3hb September 2019.


Tak macam student lain, hari saya daftar sebagai pelajar dekat UUM, saya tak sempat nak bergambar dekat depan UUM tu 😢 Entah kenapa tak terfikir pun nak pergi tangkap gambar dengan family dekat depan. Gambar atas tu pun saya ambil waktu kelas Landskap. Tu je lah gambar awal yang saya ada pun kononnya sebagai bukti saya pelajar UUM hahahah 😂



Best ke UUM?


UUM ada apa je?


Life dekat UUM macam mana ?


Mulanya lepas je family saya hantar saya masuk dalam bilik, tolong kemas dan sebagainya, saya tak tentu arah sikit. Saya bukan jenis senang rapat dengan orang. Kalau yang kenal saya tahu lah perangai saya bila kenal dengan orang baru. Saya jenis tak banyak cakap. Waktu family saya tinggalkan saya, kakak saya pesan suruh buat kawan dan enjoy degree life. Masa tu kakak suruh pergi bilik sebelah tegur kawan dekat situ sebab masa saya masuk bilik saya, roommate saya tak ada lagi.


Lepas family saya turun bawah tinggalkan saya, saya cubalah beranikan diri pergi bilik sebelah. Saya tegur dua orang kawan saya. Masliyana & Siti. Dua orang ni yang saya kenal dulu. Jadi kami bertiga memang bawa diri bertiga masa orientasi tu. Itu pun still malu-malu dan tak banyak cakap. Kami tiga orang dapat roommate senior so sepanjang orientasi tu kami cadang untuk tidur bertiga tapi last last Siti dengan Masliyana ja tidur bersama. Saya? Saya bawa diri tidur sorang-sorang sebab bila masuk bilik je saya rasa sunyi, rasa ditinggalkan keluarga.


Sepanjang minggu orientasi tu, saya tidur sorang-sorang sebab asyik menangis ja. Saya tak pernah berjauhan dengan family. Paling lama pun kem jambori pengakap seminggu ja. Setiap malam video call dengan kakak. Mengadu kononnya sunyi, takda kawan yang best, makanan tak sedap, tak lalu nak makan, macam-macam lah. Mengadanyaaaaaa! Waktu orientasi saya memang tak dapat jumpa Liyana, Nuril,Nurin & Narshini. Kami semua inasis berbeza. Nuril dengan Liyana duduk inasis TNB, Nurin & Narshini duduk dekat inasis Mas, saya sorang je sesat inasis Proton sorang-sorang.



Minggu orientasi tu ajar saya banyak benda, ajar saya untuk kuat, saya berani tidur sorang, berani makan sorang-sorang, pandai bawa diri. Sepanjang minggu orientasi tu AJK inasis bawa kami semua teroka UUM. Tak banyak tempat sangat yang AJK tu bawa sebab dia kata dia penat. Yelah, UUM ni besar kot, nak pulak kena jalan kaki. So kami just dapat tengok bahagian school masing-masing ja.


Ni lah kawan-kawan Proton saya. Saya kenal Siti & Masliyana sebab jiran bilik. Kenal Atiqah sebab dia sama course dengan saya dan Nadia, saya kenal dia masa orientasi waktu jalan-jalan tengok school dan kolej. Saya jarang jumpa diorang semua sebab saya tak selalu sangat ada dekat inasis. Saya ada waktu malam ja 😂


Beberapa hari lepas dari orientasi, Nuril & Liyana call ajak jalan-jalan satu UUM 😂 Kononnya nak tengok kelas dekat mana. Jauh jugak kami jalan. Mula dari inasis lepastu masuk laluan mana pun tak ingat. Lepatu terjumpa kolej kami terus tangkap gambar sebab nak bagi dekat cikgu. Lepas je jumpa nuril, nurin & liyana saya baru tahu inasis kami semua dekat-dekat ja 😂 Proton dengan TNB berjiran dan TNB dengan Mas berjiran. Jadi senang nak jumpa. Bukan jumpa, memang hari-hari keluar sekali.

okey hm sampai sini dulu lah saya berceloteh. Nanti saya sambung part yang sama tapi bahagian yang lagi rancak. Stay healthy , stay positive, bye.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Nadiha, a 25-year-old girl who tends to overthink things, so I find solace in expressing my thoughts and feelings through writing. I have a deep affection for green tea, the vastness of the sky, rainy days, adorable cats, and all cute things.

Dear Allah

Dear Allah

Dear Allah, please give my parents a long life, good health and always keep them under the shade of Your Mercy & Protection. Have mercy upon them as they brought me up when I was small.

Accomplished

  • ►  2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
      • ►  Oct 25 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  November 2014 (6)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 23 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 29 (1)
    • ►  December 2014 (5)
      • ►  Dec 05 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  January 2015 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
    • ►  February 2015 (1)
      • ►  Feb 24 (1)
    • ►  May 2015 (1)
      • ►  May 31 (1)
    • ►  June 2015 (1)
      • ►  Jun 13 (1)
    • ►  July 2015 (2)
      • ►  Jul 23 (1)
      • ►  Jul 31 (1)
    • ►  August 2015 (3)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
    • ►  September 2015 (3)
      • ►  Sept 09 (1)
      • ►  Sept 19 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  December 2015 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (2)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 26 (1)
    • ►  August 2017 (1)
      • ►  Aug 04 (1)
    • ►  September 2017 (1)
      • ►  Sept 23 (1)
    • ►  November 2017 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  June 2018 (1)
      • ►  Jun 07 (1)
    • ►  August 2018 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  December 2019 (2)
      • ►  Dec 30 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ▼  2020 (6)
    • ►  January 2020 (2)
      • ►  Jan 02 (1)
        • Highlights of 2019 | part iii ||
      • ►  Jan 10 (1)
        • Highlights of 2019 || Final Part ||
    • ►  March 2020 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
        • I can't sleep
    • ►  May 2020 (2)
      • ►  May 11 (1)
        • Late night thought
      • ►  May 13 (1)
        • Assalamualaikum pembuka kata, awak free rider ka?
    • ▼  December 2020 (1)
      • ▼  Dec 01 (1)
        • Sedekah
  • ►  2021 (5)
    • ►  October 2021 (2)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 30 (1)
    • ►  November 2021 (3)
      • ►  Nov 02 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  January 2022 (1)
      • ►  Jan 29 (1)
    • ►  June 2022 (1)
      • ►  Jun 10 (1)
  • ►  2024 (10)
    • ►  March 2024 (2)
      • ►  Mar 01 (1)
      • ►  Mar 12 (1)
    • ►  May 2024 (1)
      • ►  May 19 (1)
    • ►  June 2024 (3)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 09 (1)
      • ►  Jun 22 (1)
    • ►  July 2024 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
    • ►  September 2024 (2)
      • ►  Sept 05 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  October 2024 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
  • ►  2025 (8)
    • ►  March 2025 (3)
      • ►  Mar 12 (1)
      • ►  Mar 16 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
    • ►  April 2025 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
    • ►  May 2025 (1)
      • ►  May 28 (1)
    • ►  August 2025 (1)
      • ►  Aug 09 (1)
    • ►  September 2025 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  October 2025 (1)
      • ►  Oct 05 (1)

Created with by ThemeXpose