Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email
こんにちは!


First of all, thank you kawan-kawan dekat whatsapp yang tekan link and baca entry Highlights of 2019 part 1 semalam. Ramainyaa yang bacaaaaaa, i am shook! Thank you, ada orang puji suka baca setiap ayat yang saya taip, suka dengan template blog, suka dengan doa yang saya taip untuk kawan-kawan saya, thank you againnn!

Harini saya nak sambung dengan part ii. Semalam saya cakap part ii is kehidupan universiti saya, tapi tak! Saya lupa yang lepas habis f6, saya cari kerja untuk kumpul duit sambung belajar hehehe. Kerja mana? Nih nak bagitahu. Habis ja paper repeat stpm tu, saya cuba nasib dekat banyak tempat. Mulanya saya nak kerja dekat kedai kucing. Jaga kucing, jual makanan kucing, jual ubat kucing dan semua benda pasal kucing. Saya jumpa satu kedai dekat Kulim tu. Dekat facebook dia, dia ada iklankan kerja kosong. Saya pun dengan semangat bersiap, bawa resume apa semua.

Saya pun pergi la interview dekat kedai kucing tu. Bos cina tu tanya macam-macam lepastu tiba-tiba ada sorang budak ni datang dengan mak ayah dia. Nak interview juga. Mak ayah dia memang customer tetap situ. Habis je interview bos tu cakap nanti kalau apa-apa dia call. Sampai lah one day ni, ada orang whatsapp, dia kata saya tak terpilih masa interview tu dan budak sorang lagi tu yang dapat. 😒 i already knew it!


Okey sumpah masa tu rasa macam tak adilnyaaaa! Tapi kita kena percaya rezeki Allah tu luas...giteww. Jadi saya buat keputusan untuk stay je dekat rumah dulu. Sampai la satu hari dapat idea nak kerja dekat tempat kerja yang kawan saya Catwalk & Wawa pernah kerja. Terus contact catwalk tanya pasal kerja semua tu. Catwalk pun bagitahu tempat tu memang perlukan orang sebab ada pekerja situ nak berhenti dah. I was like, okey cunzz! Saya pun call tuan kedai tanya tentang kerja kosong and thanks God, memang ada. Makcik tu suruh datang kedai sebab nak jumpa.


Yer ketar wey. So esok tu suruh abang hantar dan tunggu dekat luar. Masuk kedai Borders Tea tu dengan semangat, tiba-tiba nampak nuril keja situ HAHAHAHA. Lepastu sembang-sembang dengan makcik tu, terus dapat kerja. Tugas dia kena buat air, masak waffle dan jual cake. Easy. Jap, nuril tak lama pun kerja situ, seminggu je, lepastu nuril berhenti tinggal lah saya sorang-sorang. Y, saya buat semua benda sendiri. Masuk kerja pukul 9:30 sebab kena bukak kedai sendiri, masak air sendiri, bancuh waffle sendiri, tutup kedai pun sendiri. Makcik tu datang around pukul 11 dan akan keluar balik. Penat. Sumpah penat. Tiap-tiap hari kena angkat papan menu yang besar gedabak tu keluar masuk sorang-sorang.

Until one day nih, saya injured yer. Tangan dan bahu saya memang sakit. Actually sampai sekarang. Pergelangan tangan saya tang boleh berfungsi dengan betul dan tak boleh angkat benda berat sebenarnya. sakit..


Jadi, tak sampai sebulan, saya resign. Saya call makcik tu minta maaf sebab memang tak boleh buat dah kerja sorang-sorang. Lagipun gaji dia hmmm...Hahahaha kalau stay situ memang tak capai target saya kumpul duit nak masuk universiti. Jadi saya resign dengan bangganya 😂



// saya kerja dekat situ, takda kawan. Kawan-kawan f6 saya yang selalu datang melawat. Jadi saya takda banyak sangat gambar masa kerja situ huhuhuhu//

Lepas dari kerja kedai BordersTea, saya membela lemak dalam bilik. Tangan makin pulih yet still sakit. Sampai one day saya terfikir nak minta kerja lagi. Yer, gagah, sebab nak kumpul duit, nak ada duit. Jadi saya minta tolong mama dengan abang pergi ambil borang minta kerja dekat 7eleven. Ada 5 7eleven yang dekat dengan rumah saya, semua saya minta 😂 Luckily saya dapat call dari sorang manager ni, minta saya datang interview dekat 7Eleven 1884 Kulim Hitech Park.

Alhamdulillah saya dapat job as store associate 7E. Saya mula kerja situ 14 Januari tak silap. Banyak benda yang saya belajar. Kena marah, kena maki, hampir kena samun, hampir kena rompak, kena layan macam sampah dengan customers, gaduh dengan customers, orang gila masuk kedai, kucing masuk kedai, layan vendors, duit short, kena bayar short, stocktake (kira barang setiap bulan) short, kena buat customer services, scan barang cdc (barang yang baru datang), sakit otak sebab ot, sakit sebab jadual ubah tiba-tiba, sakit pinggang dan macam-macam lah! Sebelum orang buat assumption konon saya jual arak, susun arak, lemme explain yang 7E store 1884 Hitech Park Kulim tidak menjual arak yerr :)


Penat, tapi fun! Saya kenal ramai orang, saya buat kawan dengan ramai orang. Jumpa customers yang always datang, kenal pakcik bank islam sebelah 7E tu, kenal kawan-kawan kerja. Dari mula saya datang, yang banyak tolong saya Abang Shafiq dengan Qilah, ah saya panggil dia abang depan dia ja, kalau belakang dia panggil Asmir ja 😂 Asmir tu dia Assistant Manager situ, dia banyak cakap, kalau dapat shift malam dengan dia, sumpah best hahahaha. Qilah setiap kali shift dengan dia asyik makan ja kerja kami. Qilah resign awal bulan 3 tak silap, lepastu  berapa hari sebelum raya Asmir tinggal kitaorang. Dia resign sebab nak raya dengan anak bini heh!



Lepas Asmir dengan Qilah takda, saya banyak duduk dengan Kak Faezah. Paling gila dia lah. Duduk dengan dia sumpah best. Kerja jalan ja okey walaupun kami banyak main!



Lpeas ramai sangat resign, maka kami dapat kawan-kawan baru yer hahaha. Lepas Qilah resign, Amin, Harith dengan Syafiq masuk. Ni semua budak budak diploma. Sama macam saya, depa semua pun niat nak cari duit sambung study. Kecuali si syafiq tu, masa dia interview dia tipu dia habis diploma padahal dia tengah cuti sem1 Bangang 😂 Masa bulan puasa, tiga budak-budak ni buat kepala kunci pintu 7E masa buka puasa sebab taknak orang kacau. Manager dapat tahu, pung pang pung pang yer dalam 7E tu. Bising sebab kena marah dengan manager hahaha.




Tak lama lepas tu Amin, Harith & Syafiq resign. Pheww ramai gila resign, semua tak tahan yer sebab duit asyik short ja 😂 Dapat gaji ja terus bayar short, kesian.😂 Lepas tu kami dapat lagi yer kawan baru. Kak naja masuk ganti Asmir as Assistant manager. Kak naja pun gila sama macam kak Faezah jugak. Lepastu Syukri, dengan Abang Long Azri pun masuk juga. Dari saya kerja from Januari sampai lah bulan Jun macam tu baru lah saya jumpa manusia yang masuk air gila-gila.


Gambar ni kami ambil masa last day saya kerja situ. Saya resign bulan 8 sebab tak larat dah dan target simpan duit saya pun dah cukup. 8 bulan kerja situ i managed kumpul 7 Ribu ringgit yer 😝 Alhamdulillah berkat segala usaha.




Sebelum masuk universiti, saya luang masa dengan manusia-manusia tu. Okey sekarang rindu. Chocolate tu, Syukri gegeh beli lepastu sorok bawah laci konon nak buat surprise, ish!


Alhamdulillah 2019 ni saya kenal ramai orang, dekat dengan orang yang baik-baik, dapat kawan-kawan yang faham saya, kawan kerja yang best. Ada yang lagi best, kawan dekat universiti! Okey lepas entry ni saya cerita tentang life dekat UUM ni dan kawan-kawan saya dekat UUM ni okeeey! Stay positive, stay healthy see you again! byeeee
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
こんにちは!!


Assalamualaikum everyone! Sihat? Its been a long time tak membebel dekat blog. Today bangun tidur i scrolled my old entry, baca post lama-lama and ketawa sorang-sorang. Terlalu lama sangat tinggalkan blog nih. Berhabuk dah. Banyak entry yang gambar dia dah tak available sebab the old me so stupid main copy paste gambar dari google jak. So today saya buat keputusan nak membebel balik dekat blog sebab last blogging masa form 6 and guess what, saya dah jadi mahasiswi universiti daaaaah! Sekarang ni saya tengah hadap final exam untuk semester pertama. See....dah lama rasanya, start blogging since form 2 and now i am already 20 years old nak masuk 21 dah next year //proud..tepuk bahu sendiri//  So entry kali ni mostly saya nak highlightkan benda-benda yang istimewa, yang fantastic yang dah saya hadap sepanjang 2019 ni.

So kita nak mula dari mana? Suka hati saya lah nak mula dari mana 😂 Okey sebab saya last blogging masa saya form 6 kita mula dari situ lah. Apa jadi dengan saya masa sem 3 form 6? Macam mana kawan-kawan form 6 saya yang lain? Result macam mana? Im gonna tell you.

Sedia nak baca?

Yakin?

Okey jum start.


Waktu sem 3 form 6 dulu, we were struggling so hard sebab nak siapkan kerja kursus, nak hadam semua nota etc etc lah... But alhamdulillah, semua kerja keras, semua penat lelah yang saya dan kawan-kawan hadap sepanjang duduk dekat SMK Keladi tu terbayar dengan result yang baik, Alhamdulillah. Batch kami berjaya pecah rekod @ capai target yang sekolah harapkan dari tingkatan 6. Everyone was happy, cikgu-cikgu happy, pengetua happy, kami happy, mak ayah kami semua happy, alhamdulillah for that. Kami semua pun tak sangka kami boleh jadi batch yang terbaik. Semua tu atas pertolongan cikgu-cikgu f6 yang power. Yer terima kasih semua cikgu-cikgu, walaupun form 6 selalu macam di anak tirikan dekat sekolah tu, cikgu-cikgu saya tetap berikan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan yang lain.

Tak silap saya, dari 38 orang students form 6 keladi 2017/2018 tu 17 orang yang dapat 3.0 and above. 17 orang tu saya, Liyana, Nurin, Syahirah, Nuril, Syamim, Hafizul, Farsyu, Syazana, KakFar, Loshene, Eton, Wana, Wani, Nasuha, Shakirah, dan Narshini. Tahniah eveeryone walaupun dah lama ucap tapi tetap nak ucap dekat dalam ni. Cikgu-cikgu hadiahkan kami semua coklat cadbury sorang sekotak 😂



Hari ambil keputusan STPM tu, muka bahagia tu terpancar dekat muka semua orang okey. Yer kami semua happy, Syamim siap buat sujud syukur bila tecer sebut nama dia naik pentas! proud of you bro!


Ini muka manusia-manusia yang dapat 3.0 and above. Alhamdulillah again. Tahniah everyone, we deserved it. Sis proud sebab saya nampak usaha semua orang, penat lelah, nangis, nak putus asa, rasa nak berhenti form 6 dan macam-macam lah. Tapi semua tak putus asa sebab masing-masing ada untuk each other and cikgu-cikgu pun support kita. Saya dapat berapa? hehehehe alhamdulillah target saya tercapai. Saya dapat 3.5! yey!


Masa ni cikgu zaba contact me suruh buat satu majlis untuk raikan kami semua yang baru dapat result UPU. Tak semua dapat datang sebab semua sibuk kerja but yang mana sanggup ponteng kerja, sanggup ambil cuti datang lah waktu tu. Gambar tu Tecer Aishah siap buat banner letak depan sekolah lagi tauuuuu! Bangganya cikgu-cikgu atas pencapaian kami semua. Bangga lah kan, tak sia-sia denda kami semua, marah kami semua, bagi makan free setiap hari, manjakan, macam-macam lah.


Tadaaaaaaa... Itu saya, Nurin, Nuril, Tecer Aishah and Cikgu Zaba. Alhamdulillah, saya, Nurin, Nuril, Liyana and Narshini dapat masuk Universiti Utara Malaysia (UUM). Walaupun sebelum nak isi UPU tu banyak gila drama jadi dekat saya, tapi last-last saya letak UUM sebagai first choice dan alhamdulillah dapat apa yang diminta. Waktu jamuan perpisahan ni Liyana and Narshina were not there sebab kerja. Cikgu Zaba and Tecer Aisha were an Alumni at UUM. Tecer Aishah buat master dekat UUM tak silap. Cikgu Zaba cakap, kalau boleh dia nak saya belajar sampai Master, buat dekat UUM sebab UUM best. hahahaha Best ke? Okey nanti kita cerita tentang tuu...

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Kawan-kawan lain pegi mana?
.
.
.
.
.
.
.


Ada...Ni ha kawan-kawan saya 😂 Kawan-kawan saya yang lain semua selamat masuk universiti masing-masing. Paling benci semua angkut pegi kelantan 😑 Berapa belas orang tah yang dapat masuk belah kelantan sana huhuhu. Sekarang semua kawan-kawan saya sedang buat degree dekat UNIMAP, UUM, UNIKL, USM, UPNM, UPSI, dan UMK.

Hai kawan-kawan, kalau hampa semua tengah baca ni, aku doakan each of you sedang bahagia, semoga kejayaan selalu milik kita, milik hampa. Walaupun jauh, aku rindu tau. Tolong jaga diri, jaga makan, jaga kesihatan. Walaupun kita semua jarang contact, doa aku ada untuk hampa semua. Semoga lagi 3@4 tahun lagi kita semua berjaya pegang segulung ijazah yang kita semua idamkan dan semoga kita semua dapat pekerjaan yang baik. Sayang semuaaaa! Semoga result untuk semester 1 sampai 7@8 nanti yang mantap okeeeey 💜💜

Okey itu dulu untuk part yang ini. Nanti saya sambung untuk part yang kedua which is my university life. Semoga jumpa lagi. Stay positive, stay healthy!

Byee 💞
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Nadiha, a 25-year-old girl who tends to overthink things, so I find solace in expressing my thoughts and feelings through writing. I have a deep affection for green tea, the vastness of the sky, rainy days, adorable cats, and all cute things.

Dear Allah

Dear Allah

Dear Allah, please give my parents a long life, good health and always keep them under the shade of Your Mercy & Protection. Have mercy upon them as they brought me up when I was small.

Accomplished

  • ►  2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
      • ►  Oct 25 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  November 2014 (6)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 23 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 29 (1)
    • ►  December 2014 (5)
      • ►  Dec 05 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  January 2015 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
    • ►  February 2015 (1)
      • ►  Feb 24 (1)
    • ►  May 2015 (1)
      • ►  May 31 (1)
    • ►  June 2015 (1)
      • ►  Jun 13 (1)
    • ►  July 2015 (2)
      • ►  Jul 23 (1)
      • ►  Jul 31 (1)
    • ►  August 2015 (3)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
    • ►  September 2015 (3)
      • ►  Sept 09 (1)
      • ►  Sept 19 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  December 2015 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (2)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 26 (1)
    • ►  August 2017 (1)
      • ►  Aug 04 (1)
    • ►  September 2017 (1)
      • ►  Sept 23 (1)
    • ►  November 2017 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  June 2018 (1)
      • ►  Jun 07 (1)
    • ►  August 2018 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
  • ▼  2019 (2)
    • ▼  December 2019 (2)
      • ►  Dec 30 (1)
        • Highlights of 2019 || Part 1 ||
      • ▼  Dec 31 (1)
        • Highlights of 2019 || Part ii
  • ►  2020 (6)
    • ►  January 2020 (2)
      • ►  Jan 02 (1)
      • ►  Jan 10 (1)
    • ►  March 2020 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
    • ►  May 2020 (2)
      • ►  May 11 (1)
      • ►  May 13 (1)
    • ►  December 2020 (1)
      • ►  Dec 01 (1)
  • ►  2021 (5)
    • ►  October 2021 (2)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 30 (1)
    • ►  November 2021 (3)
      • ►  Nov 02 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  January 2022 (1)
      • ►  Jan 29 (1)
    • ►  June 2022 (1)
      • ►  Jun 10 (1)
  • ►  2024 (10)
    • ►  March 2024 (2)
      • ►  Mar 01 (1)
      • ►  Mar 12 (1)
    • ►  May 2024 (1)
      • ►  May 19 (1)
    • ►  June 2024 (3)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 09 (1)
      • ►  Jun 22 (1)
    • ►  July 2024 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
    • ►  September 2024 (2)
      • ►  Sept 05 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  October 2024 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
  • ►  2025 (8)
    • ►  March 2025 (3)
      • ►  Mar 12 (1)
      • ►  Mar 16 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
    • ►  April 2025 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
    • ►  May 2025 (1)
      • ►  May 28 (1)
    • ►  August 2025 (1)
      • ►  Aug 09 (1)
    • ►  September 2025 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  October 2025 (1)
      • ►  Oct 05 (1)

Created with by ThemeXpose