Powered by Blogger.
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

 Assalamualaikum semua! 



Helloooo //sambil lambai// Selamat tahun baru! November haritu saya pasang niat nak update blog seminggu sekali. Tapi semua orang tahu Nadiera hanya mampu merancang, buatnya tidak pun. Maaf! Saya busy sangat sangat dengan assignments, quiz, presentation dan test. Saya sampai tak sempat pun tengok One piece episode baru tuuuuuu. Tapi takpa nanti saya tengok! Harini secara rasminya saya dah habis semester 5. Well walaupun ada lagi satu assignment kena hantar before 10 February nanti, tapi still lah, kelas dan quiz semua dah habis untuk semester ni. Jadi saya boleh mengarang blog dengan otak yang bebas dari tekanan. 

Pertamanya saya nak update yang saya pasang Adsense dalam blog saya. Ya! Finally selepas 9 tahun saya blogging, saya baru pasang Adsense dekat laman saya 😆 Sebelum ni saya tak hiraukan sangat pun. Tapi saya cam, ah ruginya tak pasang sebab at least sehari dapat 20 sen pun okey lah hahahaha. Jadi kalau selepas ni hampa ada bukak blog saya lepastu nampak ada iklan dekat tepi tepi blog saya ni, hampa click lah. Dia cam konon hampa belanja saya 20 sen dengan setiap click 😆 Tapi kalau taknak click pun takpa, saya tak paksa hehe. 


Selalunya dia akan keluar macam ni. Jangan terkejut, jangan terkejut. Memang iklan yang google tayangkan sumpah random. Tapi saya ada tapis beberapa iklan yang tak elok mata memandang. Iklan yang hampa boleh tengok mungkin iklan dari shopee, Alibaba, Traveloka, Website Kdrama ataupun iklan suppliment untuk kuruskan badan. Google macam tahu-tahu yang saya gemok. Well itu ja pasal Adsense semua ni. 

💨

💨

💨

💨

💨


Next, jom sembang satu perkara yang saya alami sepanjang semester 5 ni.  Mental health? Freerider? Nope. Saya taknak complain tentang itu semua. Cumanya, satu benda yang saya always hadap sepanjang berkumpulan untuk assignment adalah kerja cincai dari ahli group yang lain. Ya cincai. 


Effort teruk ya jemah, screenshot tempek sini 😂 Sejujurnya, saya jumpa ramaaaaaaai sangat student yang buat kerja cincai untuk group assignment. Kalau untuk individual assignment tak tahu lah saya rupa yang depa buat macam mana kan.  Saya rasa yang memang kenal diri saya, memang akan sedia tahu yang saya agak cerewek bila orang buat kerja cincai. Lagi-lagi untuk group assignment. Saya selalu pulun bagi effort sebab saya nak semua happy dengan result masing-masing. Lagipun bayar yuran mahal-mahal engko nak buat kerja cincai?  Bagi saya group assignment ni pelukan effort dari semua orang. Kalau dalam group tu ada 6 orang, keenam-enam orang tu haruslah tunjuk effort dan buat yang terbaik untuk group assignment tersebut. Kan? Memang lumrah kot semua tu. Dan kita as a students pun tahu, bila group assignment ni, markah adalah berdasarkan kumpulan. Bukan individu. Saya tak tahu la ada yang tahu ka belum tentang benda ni. Sebab bagi saya ni semua memang general knowledge untuk semua umat manusia kot 😂 

Baru-baru ni saya ada complain dalam satu group assignment. Ya sepanjang 5 semester, belum lagi saya complain dalam group assignment sebegitu rupa. Saya tak tahu ahli kumpulan assignment tu perasan atau tidak sebenarnya dari awal semester saya tegur secara lembut. Tapi makin lama, makin tak makan teguran. Sampai hujung semester pun ada yang boleh buat perangai. Kita pun tahu kalau dulu, mak mak kita masak air guna cerek lama tu, once air tu dah mendidih, cerek tu akan berbunyi. Kan? Ke tak pernah guna cerek lama? Kalau tak pernah pergi search youtube 😙 


Dan feedback yang saya dapat dari hasil saya "teguran" saya tu adalah, ya semua tak akan mengaku salah sendiri dan human akan keep blaming you. Yes itu apa yang berlaku. Saya tak terkejut sebab bukan pertama kali saya jumpa manusia yang begitu. Kepada yang tak kenal diri saya, ketahuilah saya ada dark side dalam diri saya yang mana saya akan stalk semua orang yang bekerja dengan saya untuk tahu cara hampa bekerja, untuk tahu hampa ni student bermasalah atau tidak, untuk tahu hampa sibuk tahap mana. Ye, saya rajin stalk orang. Nasib saya tak bayar orang untuk mengendap rutin harian hampa dekat rumah ja. 

Kawan-kawan, saya sama sekali tak kisah tau kalau hampa sejenis lambat catch up dalam pelajaran, hampa tak reti buat report, hampa tak reti buat meeting, hampa takda idea, hampa taktahu nak buat sesuatu dan lain-lain. Saya boleh ja tolong yang mana saya tahu. Saya pun ada kekurangan diri. Saya pun banyak minta tolong kawan-kawan saya bila saya lemah beberapa part. Saya banyak kerja dengan orang-orang yang hebat dari saya dan banyak kali juga saya bekerja dengan orang yang kurang sikit dari saya. Tapi perbezaan dia adalah effort dari setiap orang tu. Kalau hampa sejenis yang tahu diri hampa lemah dalam sesuatu benda, kita ada satu term yang dipanggil sebagai "COMMUNICATION" yang mana hampa boleh gunakan communication untuk settlekan benda yang hampa lemah.  Communication tidak hanya digunakan untuk relationship bercinta lelaki perempuan yang mana buat hampa rasa macam ada biawak melompat dalam perut tapi communication lebih daripada tu semua. Faham? 

Bila kita kerja dalam assignment berkumpulan, kita kena tengok effort semua orang. Kalau si Fatimah bagi effort 100% untuk assignment tu, kita sebagai Bedah kena jugak try hard untuk bagi 100%. Kalau kita rasa kita tak boleh capai tahap Fatimah tu, at least, kita bagi effort 80% keatas. Ini tidak, bila kita nampak member kita bagi 100%, kita ambil kesempatan, kita buat yang mana senang ja, yang susah biar Fatimah tadi hadap. Part yang senang tu pulak kita bagi 20% ja effort. Mana boleh gituuuuuuuuuuuuuuu. Nak kena jentik dahi ke hah? 


Bila saya buat kerja, saya tak pernah tahu tanggapan orang lain macam mana. First time orang macam puji kerja yang saya buat tahap Dewa. Haih. Saya taknak menduakan tuhan. Sesungguhnya kerja tuhan lagi gempak dari saya. Kalau nak suruh bandingkan kerja saya dan kerja tuhan, tak terbanding dek akal. Tapi itu lah. Bila kita tegur kerja dia cincai, dia kata kita yang otak dewa. Astuuu canner?  Benda ni macam tak adil sebab saya dan kawan saya tahu ja, dia buat cincai sebab dia buat last minute. Kenapa boleh tahu sebab saya kan stalker yang berjaya. Budak yang buat cincai tu pun whatsapp saya dan kawan saya tengah-tengah pagi buta tanya pasal assignment. Lepastu hasil kerja dia macam folio adik-adik darjah 4. Saya pernah buat folio masa darjah 4, jadi saya tahu la cincai dia macam mana hahaha. Tapi saya tak terkejut dengan cara salah sorang ahli group saya tu sebab based on hasil yang saya stalk, dia pun agak bermasalah untuk subjek yang lain yang mana dia tak submit dan lecturer cari. So no wonder.  😟 Btw, good luck lah kawan buat FYP nanti. 

💬

💬

💬

💬

💬 

Cerita ni sumpah panjang lagi tapi tak apa lah. Nanti nanti saya ada masa saya karang lagi. At least nanti adalah content nak post. Nak dapatkan content susah ya. Itu pun ijaat cakap ijaat nak jadi youtuber. Hah perah otak lah hang untuk dapatkan content nanti 😆  Okeh, until then! Nanti saya update lagi okeyy. Byebyeee & stay safe everyone 💛 Love, N. 💛

p/s editor note: hai everyone, just forget about the adsense. I removed the section from my blog sebab nampak semak & always keluar iklan yang bukan bukan. So no more adsense hehe. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Minggu ni saya banyak tengok anime Atashinchi ni. Kadang-kadang perasan mak Mikan ni sama macam mother 😆

Harini mother masak Ayam Masak Merah untuk lunch dan dalam masa yang sama, masa saya tengah makan, mother masak gulai ikan juga. Ayoo! Saya tanya kenapa masak banyaaaak sangat? Mother cakap, gulai ikan untuk makan cicah lempeng malam nanti. hm okey mother okey. Padahal dalam rumah ni ada 2 orang je pun. Ayam masak merah tu pun mother masak banyak gila. Mother beli ayam potong 8. Bapak besar ayam tu. Selalunya mother akan potong 12 so kecik sikit.

After lunch saya busy siapkan report dekat dapur. Konon nak tukar angin. Sedar tak sedar dah pukul 5 petang. Mother teman saya dari tengah hari sampai lah petang. Pukul 5 tu mother kata nak pergi baring nak rehat rehat kejap. Tinggal lah saya sorang-sorang dekat dapur. 

💤

💤

💤

💤

💤

💣…

Tak sampai sejam kemudian mother datang dapur balik. Saya usya ja mother. Ingatkan mother nak buat apa. Mother buka peti freezer mother ambil durian yang dah beku. LAHHH nak masak serawa durian katanya 😂 Mother kata boleh makan dengan lempeng...Saya macam "aikkkkkkkkk gulai tuuu??" Entah apa lah mother fikir waktu dia baring tu. Kalau orang tanya kenapa Nadiera tak kurus-kurus lagi, boleh lah suruh mother jawabkan 😐      


Bukan foodie blogger jadi gambar beshe beshe je



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Assalamualaikum everyone. Saya peram lama dah entry ni. Kononnya nak publish masa birthday Izzaat. Finally saya boleh publish dengan tenang. Saya draft entry ni sejak April 2021 tapi November 2021 baru dipublish 😂 Alhamdulillah, walaupun dah lamaaaa sangat tak jumpa Izzaat //rasanya dah 2 tahun dah// tapi saya wajib sambut birthday dia dari jauh. Posting ni khas buat Izzaat, walaupun kita baru ja berkenalan tak sampai 3 tahun, tapi Izzaat banyaaaak sangat berjasa dekat saya. 

Kenangan masa Izzaat tegur saya dekat depan kelas DKG 5, UUM untuk pertama kalinya, saya akan ingat sampai bila-bila. Perbualan kami simple ja masa tu. Izzaat yang datang dari mana tah, tiba-tiba datang dekat saya sambil minta permission nak duduk tepi saya. Saya bagi je lah sebab tempat tu bukan family saya punya 😂 Disebabkan Izzaat peramah sangat, ajak saya sembang waktu tu, habis semua cerita dia buka. Mula dari dia teringin sambal ikan yang arwah abah dia masak sampai lah ke topik "group assignment Nationhood". Mulanya Izzaat bagitahu saya untuk kelas Nationhood dia dapat group 6, saya terdiam sebab saya pun group 6. Nak bagitahu dia tapi rasa macam awkwardnyaaaa. Jadi saya diamkan diri ja. Izzaat mula sedar saya satu group dengan dia bila Dr.Mohan, lecturer subjek Nationhood minta kami duduk dalam kumpulan 😂



Saya perasan, masa semester 1 dulu, saya takda rapat dengan Izzaat sebab dekat UUM saya duduk dekat laluan A dan Izzaat duduk laluan B. Jadi susah sangat nak jumpa. Kalau jumpa pun masa meeting program, buat program, pergi kelas, dan ada kalanya kami pergi melepak. Tapiiiiiii, semenjak online class ni, Masya Allah, Allah aturkan cantik ja. Tak tahu bilanya kami mula rapat sikit demi sikit sampai boleh bercerita setiap masalah masing-masing. Walaupun jauh, Izzaat always ada untuk saya. dan saya, cuba yang terbaik untuk ada dengan Izzaat. Sepanjang online class ni banyak sangat dugaan kami berdua hadap, tapi Allah is so kinddddd 💛 Walaupun banyak dugaan, banyak masalah, tapi bila mengadu dekat Izzaat, cerita dekat Izzaat, menangis dekat dia, terus rasa tenang. Rasa ada someone yang always pegang kita supaya tak jatuh sorang-sorang. Terima kasih Ijaaaat selalu ada dan selalu percaya dekat aku. 

Saya tak tahu hubungan orang lain dengan sahabat depa macam mana. Tapi saya rasa saya dengan Izzaat level tak boleh bawa bincang. Walaupun sorang duduk dekat Kedah dan sorang dekat Perak, setiap hari, setiap masa mesti update tentang rutin seharian. Kalau kami berdua diam waktu siang, mesti waktu malam nanti dua-dua orang akan pulun update rutin dari pagi sampai lah malam. Kalau saya diam lama sangat, mesti Izzaat akan cari. Sama juga bila Izzaat diam satu hari, saya mesti cari dia sampai jumpa 😂 

Saya ada tanya Izzaat, kalau lah satu hari saya ditakdirkan ada dalam hospital sakit jiwa, adakah Izzaat masih nak berkawan dan ambil peduli tentang saya. Dia cakap "aku p naddd, mestilah, hang kan adik aku 😭" Izzaat cakap kalau saya masuk penjara pun dia akan datang melawat untuk bersembang. Amboiii tahu lah Kor Siskor, sebut sampai masuk penjara...kemain ko eh jat 😂



Semenjak kami berdua dah mula besar ni, //besar lah kan dah umur 22 tahun// kami selalu sembang pasal future masing-masing. Ada kalanya saya overthinking sesangat pasal future saya, tapi Izzaat lah yang selalu tenangkan. Baru-baru ni, kami berdua sembang pasal jodoh. Entah kenapa pemikiran kami sama. Nak focus dekat diri sendiri dulu. Nak capai semua benda yang kami hasratkan dulu. Izzaat dah bagitahu ibu, saya pun dah bagitahu mother. Semoga kita capai cita-cita kita dan boleh buat family kita bangga dengan kita. Insya Allah one day kita pergi travel sama-sama okeeeey! 

Sepanjang kami berkawan mesti orang lain tertanya-tanya kami ni tak pernah gaduh ka. Heh 😂 Pernaaaaah. Pernah gaduh sekali masa dekat UUM sebelum lockdown. Saya emo dengan Izzaat tak ingat sebab apa, mungkin Izzaat ingat. Malam nak pulangkan buku dekat library saya emo sikit dengan dia dan tak bercakap pun hahahaha. Tapi lepas dari haritu, kami terkurung dekat UUM, tidur bilik sekali, makan sekali macam biasa. Emo tu macam kejap ja. Tapi saya rasa saya tak minta maaf dekat Izzaat. Okey saya minta maaf. Maafkan aku jatt emo harituuu. Jangan unfriend aku! Saya rasa itu ja lah kot kami pernah bergaduh. Ada satu hari saya pernah block dia dekat whatsapp selama 5 minit. Tapi Izzaat cari saya dekat Instagram hahaha! ini pun saya lupa sebab apatah. Tapi yang penting masa tu cuma bergurau ja. 



Dah dua tahun saya tak celebrate birthday Izzaat. Tahun 2019 dulu first time saya sambut. Tapi kecil-kecilan ja sebab penat baru balik kelas haritu. Yang saya ingat, lepas kelas saya terus pergi Vmall UUM cari kek dan belon untuk Izzaat. Lepastu dari Vmall saya berjalan kaki pergi Inasis Grantt //izzaat duduk dekat Grant// Masa tu Izzaat baru habis solat asar. Saya sampai bilik dia bagi hadiah semua tu lepastu cau balik bilik saya dekat Laluan A 😂

Tahun lepas dan tahun ni takda nak celebrate macam ni untuk Izzaat. Tapi saya ada bagi satu hadiah untuk Izzaat tahun ni. Sejujurnya, 5 hari sebelum birthday Izzaat harini (3 November) saya punya fikir nak beli apa lah dekat Izzaat ni. Masa birthday saya dia ada bagi gift box yang ada octopus comel. Tapi saya taknak balas octopus, jadi saya beli sesuatu yang boleh ingatkan dia tentang saya hahaha. Ijaat, kalau hang dah buka hadiah tu, harapnya hang suka walaupun tak seberapa pun hadiah tu.Semoga hadiah tu boleh teman hang sepanjang kita berjauhan. Kalau tak puas hati dengan aku, boleh terus deal dengan hadiah tu 😂



Kepada sahabat yang paling disayangi Nurul Izzaatul Saadah binti Mohamad Desa, 

Ucapan terima kasih tak mampu nak bayar semua kebaikan yang pernah hang buat sejak kita kenal. Ucapan "aku sayang hang" tak mampu nak describe betapa bersyukurnya aku dapat kenal dan rapat dengan hang. Persahabatan kita berdua hanya pinjaman dari Allah. Akan ada satu masa nanti, kita akan mula bawa laluan masing-masing. Aku busy dengan impian aku, dan hang akan busy dengan impian hang. Akan ada satu masa nanti, kita dah tak update rutin harian masing-masing. Akan ada satu masa nanti, Tuhan akan mula tarik balik ikatan rapat kita berdua. Jelas sekali semua ni hanya pinjaman. Tapi aku selalu berdoa semoga Allah pinjamkan hang lebih lama lagi untuk aku. Semoga hubungan kita tetap positive selalu dan semoga kita sempat untuk bercerita dekat anak cucu kita tentang diri masing-masing. 

Terima kasih sebab jadi teman yang paling awesome, terima kasih sebab always pinjamkan telinga untuk dengar semua luahan hati aku, dengar semua cerita kebudak-budakkan aku. Terima kasih sebab selalu ada bila aku ada dekat titik paling bawah dalam hidup aku, terima kasih selalu bagi attention dan menjadi sahabat & seorang kakak untuk aku. Terima kasih selalu anggap aku sebagai adik dan hadap semua perangai aku. Terima kasih selalu kejutkan aku bangun pagi. Terima kasih sebab always remind diri aku yang aku dah buat yang terbaik dalam semua urusan aku. Terima kasih telah ubah banyak benda dalam diri Siti nurnadiera. Terima kasih sebab lahir dekat dunia ni 💛 Terima kasih ibu Izzaat yang lahirkan seorang teman yang baik buat saya. Terima kasih untuk semua benda yang mungkin tak dapat diungkapkan dekat sini.  

Untuk birthday Izzaat yang kali ke-22 tahun, semoga semua urusan dunia dan akhirat Nurul Izzaatul Saadah binti Mohamad Desa dipermudahkan. Semoga semua impian, cita-cita & angan-angan Izzaatul Saadah menjadi kenyataan suatu hari nanti. Semoga Allah selalu bagi yang terbaik untuk Ijjaat. Semoga selalu dibawah lindungan Allah. Diberikan kesihatan tubuh badan, mental yang sihat, dan rezeki yang luas seluas langit dan bumi. Semoga dipertemukan jodoh yang baik dan selalu dikelilingi dengan orang yang baik-baik. Semoga, persahabatan kita bukan hanya di dunia. Jom jumpa dekat syurga nanti okey jat! Kalau tak jumpa aku dekat syurga tolong minta untuk aku ada dekat situ. 💜

Tahun 2021 tahun  yang sangat mencabar buat hang kan Izzaat. Walau apa pun jadi, sesibuk mana pun aku, kalau hang perlukan aku, aku akan sedia ada untuk hang. Walaupun tahun ni ada kekurangan dari tahun sebelumnya, i hope you enjoy your day. Nanti Allah bagi peluang kita berjumpa, aku akan celebrate lagi sekali birthday hang okey! Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-22 tahun Nurul Izzaatul saadah bin Mohamad Desa, i love you from the bottom of my heart 💛


Till then, NH <3

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 


Saya belum tidur dari semalam. Minggu ni saya dikelilingi dengan report yang perlu disubmit minggu hadapan. Sebab banyak sangat report kena tulis, saya jadi blur dan hilang semua idea. Eh tiba-tiba tak creative nak bina ayat. Someone please help me. Pernah kena writer block? Keadaan dimana kita tak boleh nak produce satu kerja pun. Yup saya sedang alaminya sekarang. Saya masih pulun siapakan report Innovation tentang kasut roda. Perlu ada 6 elements dalam satu report, tapi sejak 12 pagi semalam, saya mampu siapkan 2 elements. Ya Allah nak nangis! Takpa, takpa we can do this. Sikeeeeet ja lagi nak siap! 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments




Pada suatu pagi yang tenang.... 




💨

💨

💨

💨

💨




*Padahal quiz tutup malam*

Apa-apa pun Ijjat, terima kasih selalu kejutkan seketul Nadiera bangun pagi 💛


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Nadiha, a 25-year-old girl who tends to overthink things, so I find solace in expressing my thoughts and feelings through writing. I have a deep affection for green tea, the vastness of the sky, rainy days, adorable cats, and all cute things.

Dear Allah

Dear Allah

Dear Allah, please give my parents a long life, good health and always keep them under the shade of Your Mercy & Protection. Have mercy upon them as they brought me up when I was small.

Accomplished

  • ►  2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
      • ►  Oct 25 (1)
  • ►  2014 (11)
    • ►  November 2014 (6)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 23 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 29 (1)
    • ►  December 2014 (5)
      • ►  Dec 05 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
  • ►  2015 (13)
    • ►  January 2015 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
    • ►  February 2015 (1)
      • ►  Feb 24 (1)
    • ►  May 2015 (1)
      • ►  May 31 (1)
    • ►  June 2015 (1)
      • ►  Jun 13 (1)
    • ►  July 2015 (2)
      • ►  Jul 23 (1)
      • ►  Jul 31 (1)
    • ►  August 2015 (3)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
    • ►  September 2015 (3)
      • ►  Sept 09 (1)
      • ►  Sept 19 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  December 2015 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
  • ►  2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  July 2017 (2)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 26 (1)
    • ►  August 2017 (1)
      • ►  Aug 04 (1)
    • ►  September 2017 (1)
      • ►  Sept 23 (1)
    • ►  November 2017 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
  • ►  2018 (2)
    • ►  June 2018 (1)
      • ►  Jun 07 (1)
    • ►  August 2018 (1)
      • ►  Aug 07 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  December 2019 (2)
      • ►  Dec 30 (1)
      • ►  Dec 31 (1)
  • ►  2020 (6)
    • ►  January 2020 (2)
      • ►  Jan 02 (1)
      • ►  Jan 10 (1)
    • ►  March 2020 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
    • ►  May 2020 (2)
      • ►  May 11 (1)
      • ►  May 13 (1)
    • ►  December 2020 (1)
      • ►  Dec 01 (1)
  • ►  2021 (5)
    • ►  October 2021 (2)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 30 (1)
    • ►  November 2021 (3)
      • ►  Nov 02 (1)
      • ►  Nov 03 (1)
      • ►  Nov 06 (1)
  • ►  2022 (2)
    • ►  January 2022 (1)
      • ►  Jan 29 (1)
    • ►  June 2022 (1)
      • ►  Jun 10 (1)
  • ►  2024 (10)
    • ►  March 2024 (2)
      • ►  Mar 01 (1)
      • ►  Mar 12 (1)
    • ►  May 2024 (1)
      • ►  May 19 (1)
    • ►  June 2024 (3)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 09 (1)
      • ►  Jun 22 (1)
    • ►  July 2024 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
    • ►  September 2024 (2)
      • ►  Sept 05 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ►  October 2024 (1)
      • ►  Oct 11 (1)
  • ▼  2025 (8)
    • ►  March 2025 (3)
      • ►  Mar 12 (1)
      • ►  Mar 16 (1)
      • ►  Mar 25 (1)
    • ►  April 2025 (1)
      • ►  Apr 25 (1)
    • ►  May 2025 (1)
      • ►  May 28 (1)
    • ►  August 2025 (1)
      • ►  Aug 09 (1)
    • ►  September 2025 (1)
      • ►  Sept 25 (1)
    • ▼  October 2025 (1)
      • ▼  Oct 05 (1)
        • My Mind is a Mess These Past Months

Created with by ThemeXpose